MEMELIHARA KELAH
Membicarakan perihal ikan kelah
Monday, February 24, 2014
Mengurus Kelah Ketika Kemarau.
Ketika musim panas paras air di sunga akan turun secara mendadak. Ikan kelah dapat mengesan perubahan ini dengan mudah melalui deria sensor yang terdapat pada tepi tubuhnya. Mereka akan bergerak ke arah hulu sungai yang mempunyai paras kedalaman yang tinggi. Cuaca panas juga akan mempengaruhi tabiat ikan kelah. Ikan kelah sangat sensitif dengan perubahan suhu. Ikan kelah mampu bertahan pada suhu yang sangat rendah seperti mana suhu air di tengah pergunungan tetapi malangnya ikan kelah tidak mampu bertahan pads suhu yang tinggi. Ikan kelah akan bertindak di luar jangkaan seperti melompat keluar dari kolam jika suhu air berubah tinggi mendadak.
Saya sendiri pernah menyaksikan satu peristiwa benar yang tidak ramai berpeluang mengalami. Ia melibatkan perbandingan dua jenis ikan bersisik yang saya pelihara di dalam kolam yang sama. Ikan kelah tidak ada nasalah hidup bersama ikan lain di dalam satu kolam asalkan ikan tersebut jenis bersisik dan bukan ikan pemangsa contoh ikan haruan atau toman. Pada ketika hujan dengan amat lebat air masuk mencurah-curah ke dalam kolam melalui gutter rumah. Apa yang berlaku selepas itu saya dapati beberapa ekor ikan tilapia dewasa telah timbul tercungap-cungsp manala ikan kelah tidak menunjukkan sebarang reaksi. Ketika air deras ikan kelah akan duduk dipenjuru kolam mengelakkan diri dari dihanyut arus deras. Inilah yang berlaku di sungai yang sebenar.
Bagi mereka yang memelihara ikan kelah di dalam kolam ketika musim panas atau kemarau anda akan dapati paras air kolam anda akan menyusut dengan drastik. Anda perlu tambah ait kolam dengan air dari sumber lain. Ada pelbagai sumber air boleh anda gunakan sama ada air bawah tanah, air sungai, air kolam, air perigi , air tadahan hujan dan yang paling mudah ialah air paip.
Semua sumber air tadi adalah selamat dari bahan kimia lazimnya kecuali air paip.Air paip mengandungi paras klorin yang sangat tinggi. Air paip mengandungi klorin yang tinggi bertujuan membunuh mikrob atau hidupan halus air sebelum air dihantar kerumah kita. Ada banyak cara untuk menambah paras air kolam dengan air paip antaranya ialah dengan memasukkan salur paip terus ke dalam kolam sehingga paras air naik separuh dari paras asal air kolam kemudian tambahkan cecair anti-klorin mengikut sukatan dicadangkan.
Cara ke dua dengan menakung air ke dalam tangki besar lalu membiarkan beberapa hari sebelum ditambahkan ke dalam kolam. Cara pertama adalah lebih praktikal dan mudah serta cepat.
Ikan kelah tidak ada masalah dengan paras air rendah atau cetek asalkan air sentiasa bergerak . Kegagalan menyediakan air bergerak sepertimana dalam persekitaran sebenar boleh menyebabkan ikan kelah bertindak di luar jangkaan termasuklah melompat keluar atau bertindak agresif dengan melanggar tembok atau dinding yang boleh mencederakan diri sendiri dan akhirnya meyebabkan kematian.
Monday, November 18, 2013
Kelah merah, kelah bara dan kelah biru
Ramai di antara kita tidak dapat membezakan di antara kelah merah , kelah bara dan kelah biru melainkan secara perbandingan dua atau lebih objek. Begitu juga saya semasa di awal proses mengenali kelah. Pembacaan sahaja tanpa merujuk gambar objek sebenar agak sukar membuat perbandingan melainkan terdapat gambar yang jelas dan penerangan yang tepat. Walau bagaimana pun banyak juga pendapat dan idea yang boleh digunapakai diperolehi dari intenet sebagai rujukan. Namun banyak yangmaklumat diperolehi bercanggah dengan fakta.KELAH MERAH, BARA DAN BIRU.
Berikut adalah perbezaan asas tentang 3 jenis kelah yang mungkin dapat membantu anda mengenali kelah dengan lebih jitu. Saya sertakan beberapa gambar sebagai objek. Kelah merah asasnya berwarna merah. Jangan kita gambarkan merah itu sepertu warna merah sirap. Merah yang dimaksudkan adalah kemerahan yang mungkin hampir ke warna kuning merah, biru merah atau hijau merah. Ada beberapa faktor mempengaruhi warnanya, antaranya pemakanan, faktor sekeliling spt air dan tanah.
*progress....
Saturday, July 13, 2013
NASIB SI IKAN HIASAN
Salam rakan-rakan semua,
Sebagai peminat ikan hiasan kita sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab dan ia bergantung kepada sejauh mana keupayaan dan kemampuan kita mengurus dan mengendalikan ikan peliharaan kita. Ini termasuklah peliharaan haiwan lain seperti kucing, arnab, kura-kura, hamster , marmut, lopster dan lain-lain. Ada pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi tabiat hidup dan kelangsungan hidup haiwan peliharaan ini dan setiap jenisnya berbeza-beza. Sebagai contoh jika ikan faktor air banyak perlu diambil kira seperti ph, kandungan ammonia, jenis makanan, suhu, cahaya, bunyi persekitaran dan lain-lain.
Itu haiwan air yang persekitarannya hidup dalam air, bagaimana pula haiwan lain seperti burung yang hidup perlukan sayap mengepak, Saiz ruang sangkar perlu sesuai, suhu juga, makanan yang sesuai juga .
Kini semakin banyak haiwan exotic menjadi buruan peminat seperti ular, musang, tikus, cicak dan banyak lagi. Jika kita ingin lebih pendedahan datang saja ke mana-mana kedai akuarium berhampiran rumah anda , terdapat banyak haiwan baru dijual untuk orang awam. Soalnya siapa pun boleh membeli dan membawa pulang untuk dipelihara. Kebanyakan haiwan ini bukan haiwan larangan maksudnya tidak perlu lesen untuk memeliharanya.
Tidak salah pun jika kita mahu memelihara sebagai haiwan peliharaan tetapi biarlah yang berilmu dan berminat yang membawa pulang. Bukan atas desakan rakan-rakan atau anak-anak atau tren terkini yang nanti akhirnya si comel yang montel dan gebu itu menjadi kurus "kerempeng" sebelum ajalnya tiba. Bukankah itu teramat menyiksakan. Kita sangat maklum yang haiwan dalam kurungan tidak mampu mencari makanan sendiri apatah lagi memberi makan kepada anak-anak dalam kurungan maka biarlah kita menjadi insan yang berhati manusia yang mempunyai hati perut dan berperikemanusiaan.
Biasanya tasik dan kolam terbiar menjadi tempat sasaran peminat haiwan akuatik yang telah hilang atau pudar minat kepada haiwan peliharaanya. Ada pelbagai pendapat dikeluarkan tentang perkara ini. Ada yang kata ia akan memusnahkan ekosistem sebenar tasik atau kolam tersebut. Maksudnya dengan melepaskan ikan pirana contonya ia akan memupuskan spesis ikan lain yang akan menjadi mangsa kerana menjadi makanan ikan pendatang baru tersebut. Antara yang disebut-sebut ialah ikan kepala buaya, ikan flower horn, ikan arapaima, ikan toman dan ikan belida. Kita tanya diri sendiri mana yang lebih baik adakah dengan mencampakkan mangsa kedalam kolam maka kolam tersebut menjadi neraka bagi ikan lain atau mana lebih baik dengan menyerahkan kembali kepada peniaga ikan hiasan lain atau berikan kepada tuan baru atau kita tamatkan saja riwayatnya di kuali jika lalu makan. Ramai orang tidak sanggup makan ikan peliharaan walaupun pada zahirnya ia masih sama seperti ikan yang dijual di pasar awam. Perkara ini terserah kepada individu masing-masing, ada yang sanggup makan juga.
Ada banyak sebab juga mengapa orang melepaskan ikan untuk dibebaskan ke luar antaranya ialah kerana telah tua, sakit, tidak mahu menjamah makanan walaupun makanan terlazat diberikan, tiada pasangan hidup, peminat telah bosan dan hilang minat, tuan lama mahu memelihara ikan baru yang lebih terkini dan ada beratus sebab lagi yang tidak perlu kita fikirkan di sini. Apa pun gunakanlah kaedah yang paling santun dan baik sebagai menghormati mereka sebab kita ambil mereka hadir bersama kita tanpa mereka minta maka lepaskanlah mereka dengan cara yang terbaik mengikut cara kita.
Memelihara kelah.com

Gambar Hiasan -spesis kura-kura hijau. |

Gambar Hiasan-Spesis ikan lampan ekor merah dan kelah. |
Ada banyak sebab juga mengapa orang melepaskan ikan untuk dibebaskan ke luar antaranya ialah kerana telah tua, sakit, tidak mahu menjamah makanan walaupun makanan terlazat diberikan, tiada pasangan hidup, peminat telah bosan dan hilang minat, tuan lama mahu memelihara ikan baru yang lebih terkini dan ada beratus sebab lagi yang tidak perlu kita fikirkan di sini. Apa pun gunakanlah kaedah yang paling santun dan baik sebagai menghormati mereka sebab kita ambil mereka hadir bersama kita tanpa mereka minta maka lepaskanlah mereka dengan cara yang terbaik mengikut cara kita.
Memelihara kelah.com
Thursday, May 9, 2013
IKAN KELAH (KING MAHSEER)
Dikenali sebagai 'King of the
River', kelah hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand,
Malaysia dan Indonesia.
Terdapat lebih daripada 19 spesies kelah yang terdapat di dunia manakala di Malaysia hanya
terdapat tiga spesies iaitu Kelah Hijau , Kelah Merah dan Kelah Biru. Di
setengah kawasan Kelah Merah memiliki 2 jenis warna berbeza maka mereka
mengkelaskan sebagai Kelah Merah Bara atau Kelah Bara dan harga juga berbeza
bergantung kepada permintaan di pasaran. Kelah lazimnya didapati di kawasan
sungai berbatu dan berarus deras pada
kedudukan 500 meter dari paras laut.
Permintaan kelah yang tinggi mendorong pemburuan Kelah yang keterlaluan. Penggunaan alat seperti bom ikan , renjatan elektrik dan pukat menyumbang kepada penghapusan kelah termasuk anak-anak kelah yang belum kuat bertarung nyawa.
Anak kelah dijual kepada peraih
kelah pada harga tinggi sebelum sampai kepada pembeli atau peminat kelah dan
akhirnya boleh mencecah harga
berkali-kali ganda . Sekiranya kelah dipelihara untuk tempoh tertentu ia
akan membesar beberapa kali ganda saiznya dan harganya akan melambung lagi.
Pembeli dari Singapura akan memborong untuk dibawa ke sana sebab permintaan di Singapura juga amat
tinggi, itu pun jika ada stok .
PERBAZAAN IKAN KELAH DAN TENGAS
Tengas dan kejor (panggilan tempatan) ialah 2 spesis ikan yang hampir
menyamai ikan kelah. Jika diimbas sekali, kelihatan ikan Tengas dan
Kejor amat menyerupai ikan Kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru
antara kelah dan tengas/kejor. Nama saintifik ikan tengas ialah
“Neolissochilus Hexagonolepis”. Ikan tengas ini juga biasa dipanggil
sebagai “tengas batu”. Sementara ikan kejor ialah “Neolissochilus
Soroides”. Ikan tengas daun pula diklasifikasikan sebagai ” Poropuntius
Smedleyi”.
Sebenarnya, apabila disebut “ikan kelah” memang merujuk “ikan kelah
merah” yang taburannya di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Sementara “ikan kelah biru” jarang ditemui dan secara geografi,
taburannya biasa di kawasan Endau-Rompin. Sementara “ikan kelah hijau”
adalah panggilan nama yang diguna-pakai oleh orang orang Cina (peminat
dan penternak) untuk merujuk sebenarnya kepada “ikan tengas”, iaitu satu
spesis yang mirip mirip kelah, dan juga dipanggil sebagai “false mahseer”.
Oleh itu jangan mudah tertipu semasa membeli ikan Kelah kerana
terdapat peniaga yang menipu pembeli dengan menawarkan ikan
Tengas/Kejor dengan harga setinggi Ikan Kelah kerana kedua ikan ini
kelihatan sama dan sukar dibezakan.
Ikan di atas: Ikan Kelah @ Masheer
Ikan di bawah: Ikan Tengas @ Neolissochilus Hexagonolepis
Bulatan merah menunjukkan perbezaan bibir ikan Ikan Kelah dan Ikan Tengas.
Ikan yang dalam bulatan merah ialah ikan Kelah
Di Malaysia, Ikan Kelah mula menujukkan tanda kepupusannya. Ini kerana
isinya sedap dan berharga mahal telah menjadikan permintaan terhadap
Ikan Kelah terlalu tinggi. Kepupusannya bukanlah di sebabkan oleh
pemancing. Saya berpendapat aktiviti memancing bukan faktor kepupusan
ikan ini, tetapi segolongan manusia yang tamak untuk mengaut keuntungan
cepat. Penggunaan jaring ,renjatan electric dan Bom Ikan merupakan salah
satu punca ikan ini mengalami kepupusan. Telah beberapa kali ketika
kunjungan saya ke Taman Negara Pahang, saya mendapati penggunaan teknik
terlarang ini oleh orang yang tidak bertangungjawab di sungai yang
didiami oleh specis Ikan Kelah ini semata-mata untuk membekal ikan ini
kepada peraih di pasar. Kemudian anak-anak ikan Kelah juga ditangkap
untuk dibekalkan kepada pengusaha kedai aquarium untuk dijadikan ikan
hiasan. Walaupun pihak Taman Negara melarang keras penggunaan jaring
,renjatan electric dan Bom Ikan di sungai yang berada di Taman Negara,
orang-orang yang tidak bertanggungjawap ini masih licik hingga jaring
dan bom ikan masih terlepas dan masih digunakan. Kemudian akibat
kekurangan & kepupusan ikan ini para pemancing pula yang
dipersalahkan.
Faktor pencemaran sungai juga merupakan faktor utama kepupusan ikan ini
yang hanya tinggal di dalam sungai yang jernih dan bersih. Walaupun
terdapat pemancing yang mengamalkan konsep Catch & Release, adakah
usaha murni ini memberi satu perubahan tentang populasi Ikan ini. Tepuk
dada tanya selera. Hanya kita mampu merubah supaya anak dan cucu kita
dapat memancing salah satu ikan air tawar terhebat di Malaysia ini
Sumber dari Fish Hunter
PEMBENIHAN KELAH SUKAR
Pembenihan kelah sukar
Oleh Osman Lisut
KUALA LUMPUR: Peningkatan minat orang ramai terhadap kelah (Tor
Tambroides) dengan menjadikannya ikan peliharaan dalam akuarium semakin
menyerlah sejak kebelakangan ini. Ia kerana keunikan ikan berkenaan yang
memiliki sisik yang cantik, aktif dan bernilai tinggi.
Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, kelah adalah omnivor dan makan bukan saja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.
Bagaimanapun, spesies ikan yang mendiami sungai serta tasik, akan naik ke anak sungai yang deras serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk bertelur amat sukar untuk dibiakkan walaupun pelbagai usaha dilakukan. Ia termasuk proses aruhan seperti dilakukan terhadap tilapia, keli, haruan, ketutu dan ikan puyu.

Tidak hairanlah, ramai penternak ikan kelah di negara ini menggunakan kaedah tradisional iaitu menjejak anak kelah yang baru menetas di air cetek sungai berbatu dengan berbekalkan lampu suluh. Anak-anak kelah begitu mudah dikesan di tengah malam kerana suluhan lampu memantulkan warna keemasan siripnya dan ia kurang aktif serta mudah ditangkap.
Bagi penternak ikan kelah merah, Othman Abdul Wahab, berkata beliau pernah bekerjasama dengan pegawai penyelidik Jabatan Perikanan Malaysia untuk menghasilkan benih kelah menerusi suntikan hormon ke atas induk ikan, bagaimanapun tidak berjaya.
“Kelah memerlukan suasana semula jadi untuk menghempas perutnya ke batu-batu di sungai berarus deras bagi mengeluarkan telurnya. Namun, apa yang berlaku kolam berbatu palsu atau ‘rock garden’ tidak sesuai dan induk kelah berkenaan tercedera dalam usahanya menghempas telur.
“Kalau usaha itu berjaya dilakukan, daripada 20,000 telur yang dikeluarkan kurang satu peratus saja berjaya menetas. Malah, kalau hidup sehingga dua sentimeter pun kurang daripada 20 ekor, ini boleh dianggap gagal,” katanya kepada wartawan Joran.
Othman berkata, beliau memperoleh benih kelah daripada beberapa peraih dan kaki pancing dari Pahang, Kelantan dan Terengganu, iaitu beberapa bulan selepas musim tengkujuh kerana ketika itulah air sungai mulai turun serta berarus deras.
Katanya, tindakan beliau menternak kelah daripada anak sebesar satu inci hinggalah dewasa bagi menyahut seruan kerajaan dalam usaha mengekalkan populasi spesies yang menghadapi kepupusan.
“Saya cuba mendidik orang ramai supaya tidak menangkap kelah semata-mata untuk dijadikan juadah makan malam atau tengah hari. Sebaliknya, sebagai ikan peliharaan di dalam rumah dan mendatangkan ketenangan apabila melihatnya berenang di dalam akuarium terutama apabila menghadapi tekanan di tempat kerja.
“Dulu, memang tidak dinafikan saya salah seorang pemburu kelah
kerana amat menggemari keenakan isinya. Namun, hari ini menjadikan ikan
berkenaan sebagai ternakan dan menjualnya sebagai ikan peliharaan,”
katanya.
Selain daripada menjual anak kelah merah, Othman turut mengajar cara-cara menjaganya. Ia termasuk penggunaan air, pemeriksaan pH, pemilihan makanan dan rawatan sekiranya ikan peliharaan berkenaan sakit.
Maklumat lanjut mengenai pemeliharaan ikan hiasan atau kelah merah boleh hubungi Othman di 012-6587821.
INFO

|
Monday, September 19, 2011
MEMELIHARA IKAN KELAH
IKAN KELAH
TERDAPAT BEBERAPA JENIS IKAN KELAH DI MALAYSIA, ANTARA YANG BIASA TERDAPAT DI PASARAN IALAH KELAH MERAH, KELAH EMAS, KELAH HIJAU, KELAH BIRU DAN KELAH BARA. JENIS KELAH BIRU BIASANYA DIIMPORT DARI THAILAND MANAKALA KELAH MERAH BANYAK TERDAPAT DI HUTAN KAWASAN UTARA.
KELAS TERTINGGI KELAH IALAH KELAH BIRU KEMUDIAN KELAH MERAH DAN LAIN-LAIN.
KELAH BIRU MEMPUNYAI WARNA KEBIRUAN DAN BERJALUR DI BADAN DAN AKAN LAMA KELAMAAN MENGHILANG MENGIKUT UMUR. KELAH BIRU SUKAR DIPEROLEHI OLEH SEBAB ITU KELAH BIRU MEMPUNYAI HARGA YANG TINGGI. SEEKOR KELAH BIRU PADA SAIZ 7 INCI BOLEH MENCAPAI HARGA RM300 MANAKALA KELAH MERAH PADA SAIZ SAMA MENCAPAI HARGA RM150.
KEPADA PEMINAT KELAH HARGA TIDAK MENJADI SOAL, YANG PENTING BAGAIMANA UNTUK MEMPEROLEHI. PERMINTAAN KELAH MERAH AMAT TINGGI, INI KERANA WARNA DAN KEUNIKAN KELAH BERAKSI DI CERMIN AKUARIUM TIDAK DAPAT DINAFIKAN. HANYA YANG PERNAH MEMELIHARA KELAH DAPAT MEMAHAMINYA.
IKAN KELAH JUGA MEMPUNYAI NILAI EXOTIK TERSENDIRI. DAGINGNYA AMAT SEDAP DIMASAK. KAUM CINA SERING MENJADIKAN HIDANGAN ISTIMEWA SEWAKTU HARI MAKAN BESAR MEREKA. SAIZ PASTINYA PERLU MATANG DAN 500 GRAM KE ATAS, SEBAIKNYA LEBIH 1 KG SEEKOR. HARGA PASTI LEBIH RM300 SEEKOR.
IKAN KELAH BOLEH DIPELIHARA DALAM AKUARIUM, KOLAM SIMEN, TANGKI FIBRE ATAU PUN KANVAS TETAPI PEMELIHARAAN DALAM KOLAM SIMEN ADALAH YANG TERBAIK
Subscribe to:
Posts (Atom)