IKAN LAIN HIDUP BERSAMA KELAH

Ikan kelah boleh hidup bersama ikan-ikan lain seperti ikan Lampam Jawa dan Lampam Ekor Merah, juga ikan-ikan bersisik seperti ikan Tilapia Merah, Tilapia Hitam dan Ikan Puyu. Sebaik-baiknya jika anda memelihara kelah bersama ikan lain saiz haruslah tidak jauh berbeza. Ini kerana sekiranya anda terlupa memberi makan untuk jangka masa lama ikan besar ada kemungkinan akan terdesak untuk makan ikan yang kecil, namun keadaan ini amat jarang berlaku.






Ikan Lampam Ekor Merah dalam saiz  6-7 inci.






Ikan Lampam Jawa dalam saiz 6 inci. Ikan ini dipelihara dalam kolam simen bersama-sama kelah merah ,kelah biru, sepat siam dan puyu siam.