MASALAH KELAH

KAWASAN AIR TERJUN KEGEMARAN KELAH

Ikan Kelah merupakan kelompok ikan yang hidup di habitat kawasan pergunungan , mempunyai air terjun, airnya yang jernih serta mengalir deras. Ini bermakna jika anda cuba memeliharanya di luar dari habitat asalnya anda mesti menyediakan suasana dan keadaan yang sama atau hampir sama dengan habitat asalnya. Jika tidak ada kemungkinan ikan anda akan mengalami stress akibat dari keadaan persekitaran yang asing.
      Ada beberapa cara dan teknik bagi mewujudkan persekitaran hampir menyerupai habitat asal. Berikut adalah beberapa tip untuk mewujudkannya;
1) Gunakan pam air berkapasiti tinggi sesuai dengan saiz kolam.Air yang sentiasa bergerak akan membekalkan oksigen cukup untuk ikan dalam kolam.
2) Letakkan tumbuhan rumpai air seperti keladi bunting, sedikit kiambang atau teratai. Elakkan tumbuhan yang menutupi penuh permukaan air. Cahaya matahari juga perlu bagi tumbuhan dan ikan dalam dasar kolam.
3) Air mestilah sentiasa bertukar atau ditukar setiap minggu bagi memastikan air sentiasa segar dan jernih. Jika anda kreatif buat saluran sambungan dari bumbung rumah anda, cara ini amat berkesan dan menjimatkan.
4) Jangan memberi makan terutama pallet dalam kuantiti berlebihan, makanan yang berlebihan akan cepat menurunkan kualiti air kolam, ph air and kandungan ammonia akan berubah jika pallet berlebihan termendap.
5) Sentiasa menukar dan membersihkan mendapan keladak air di tempat penapis air (jika ada ).
6) Jangan dedahkan air terus kepada cahaya matahari, buat sedikit bumbung atau penghadang cahaya matahari supaya lumut hijau tidak cepat membiak.

Selamat mencuba.