Sebagai peminat ikan hiasan kita sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab dan ia bergantung kepada sejauh mana keupayaan dan kemampuan kita mengurus dan mengendalikan ikan peliharaan kita. Ini termasuklah peliharaan haiwan lain seperti kucing, arnab, kura-kura, hamster , marmut, lopster dan lain-lain. Ada pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi tabiat hidup dan kelangsungan hidup haiwan peliharaan ini dan setiap jenisnya berbeza-beza. Sebagai contoh jika ikan faktor air banyak perlu diambil kira seperti ph, kandungan ammonia, jenis makanan, suhu, cahaya, bunyi persekitaran dan lain-lain.
Itu haiwan air yang persekitarannya hidup dalam air, bagaimana pula haiwan lain seperti burung yang hidup perlukan sayap mengepak, Saiz ruang sangkar perlu sesuai, suhu juga, makanan yang sesuai juga .
Kini semakin banyak haiwan exotic menjadi buruan peminat seperti ular, musang, tikus, cicak dan banyak lagi. Jika kita ingin lebih pendedahan datang saja ke mana-mana kedai akuarium berhampiran rumah anda , terdapat banyak haiwan baru dijual untuk orang awam. Soalnya siapa pun boleh membeli dan membawa pulang untuk dipelihara. Kebanyakan haiwan ini bukan haiwan larangan maksudnya tidak perlu lesen untuk memeliharanya.
Tidak salah pun jika kita mahu memelihara sebagai haiwan peliharaan tetapi biarlah yang berilmu dan berminat yang membawa pulang. Bukan atas desakan rakan-rakan atau anak-anak atau tren terkini yang nanti akhirnya si comel yang montel dan gebu itu menjadi kurus "kerempeng" sebelum ajalnya tiba. Bukankah itu teramat menyiksakan. Kita sangat maklum yang haiwan dalam kurungan tidak mampu mencari makanan sendiri apatah lagi memberi makan kepada anak-anak dalam kurungan maka biarlah kita menjadi insan yang berhati manusia yang mempunyai hati perut dan berperikemanusiaan.
Gambar Hiasan -spesis kura-kura hijau. |
Biasanya tasik dan kolam terbiar menjadi tempat sasaran peminat haiwan akuatik yang telah hilang atau pudar minat kepada haiwan peliharaanya. Ada pelbagai pendapat dikeluarkan tentang perkara ini. Ada yang kata ia akan memusnahkan ekosistem sebenar tasik atau kolam tersebut. Maksudnya dengan melepaskan ikan pirana contonya ia akan memupuskan spesis ikan lain yang akan menjadi mangsa kerana menjadi makanan ikan pendatang baru tersebut. Antara yang disebut-sebut ialah ikan kepala buaya, ikan flower horn, ikan arapaima, ikan toman dan ikan belida. Kita tanya diri sendiri mana yang lebih baik adakah dengan mencampakkan mangsa kedalam kolam maka kolam tersebut menjadi neraka bagi ikan lain atau mana lebih baik dengan menyerahkan kembali kepada peniaga ikan hiasan lain atau berikan kepada tuan baru atau kita tamatkan saja riwayatnya di kuali jika lalu makan. Ramai orang tidak sanggup makan ikan peliharaan walaupun pada zahirnya ia masih sama seperti ikan yang dijual di pasar awam. Perkara ini terserah kepada individu masing-masing, ada yang sanggup makan juga.
Gambar Hiasan-Spesis ikan lampan ekor merah dan kelah. |
Ada banyak sebab juga mengapa orang melepaskan ikan untuk dibebaskan ke luar antaranya ialah kerana telah tua, sakit, tidak mahu menjamah makanan walaupun makanan terlazat diberikan, tiada pasangan hidup, peminat telah bosan dan hilang minat, tuan lama mahu memelihara ikan baru yang lebih terkini dan ada beratus sebab lagi yang tidak perlu kita fikirkan di sini. Apa pun gunakanlah kaedah yang paling santun dan baik sebagai menghormati mereka sebab kita ambil mereka hadir bersama kita tanpa mereka minta maka lepaskanlah mereka dengan cara yang terbaik mengikut cara kita.
Memelihara kelah.com
Memelihara haiwan exotic satu kepuasan bg sestgh orang walaupun statusnya haiwan merbahaya. Persediaan awal amat perlu terutamanya tempat tinggalnya, perlulah selamat dr orang persekitaran. Jgn sudah terantuk baru nak terngadah...semua sudah terlambat.
ReplyDeleteUtk info patukan ular perlu ubat/serum dari jenis ular yg sama utk disembuhkan. Pastikan anda tahu dgn jelas haiwan exotic peliharaan anda.