Thursday, May 9, 2013

PERBAZAAN IKAN KELAH DAN TENGAS

Tengas dan kejor (panggilan tempatan) ialah 2 spesis ikan yang hampir menyamai ikan kelah. Jika diimbas sekali, kelihatan ikan Tengas dan Kejor amat menyerupai ikan Kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru antara kelah dan tengas/kejor. Nama saintifik ikan tengas ialah “Neolissochilus Hexagonolepis”. Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai “tengas batu”. Sementara ikan kejor ialah “Neolissochilus Soroides”.  Ikan tengas daun pula diklasifikasikan sebagai ” Poropuntius Smedleyi”.
Sebenarnya, apabila disebut “ikan kelah” memang merujuk “ikan kelah merah” yang taburannya di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sementara “ikan kelah biru” jarang ditemui dan secara geografi, taburannya biasa di kawasan Endau-Rompin. Sementara “ikan kelah hijau” adalah panggilan nama yang diguna-pakai oleh orang orang Cina (peminat dan penternak) untuk merujuk sebenarnya kepada “ikan tengas”, iaitu satu spesis yang mirip mirip kelah, dan juga dipanggil sebagai “false mahseer”. Oleh itu jangan mudah tertipu semasa membeli ikan Kelah kerana terdapat  peniaga yang menipu pembeli dengan menawarkan ikan Tengas/Kejor dengan harga setinggi Ikan Kelah kerana kedua ikan ini kelihatan sama dan sukar dibezakan.

 Ikan di atas: Ikan Kelah @ Masheer
Ikan di bawah: Ikan Tengas @ Neolissochilus Hexagonolepis
 Bulatan merah menunjukkan perbezaan bibir ikan Ikan Kelah dan Ikan Tengas.
Ikan yang dalam bulatan merah ialah ikan Kelah

Di Malaysia, Ikan Kelah mula menujukkan tanda kepupusannya. Ini kerana isinya sedap dan berharga mahal telah menjadikan permintaan terhadap Ikan Kelah terlalu tinggi. Kepupusannya bukanlah di sebabkan oleh pemancing. Saya berpendapat aktiviti memancing bukan faktor kepupusan ikan ini, tetapi segolongan manusia yang tamak untuk mengaut keuntungan cepat. Penggunaan jaring ,renjatan electric dan Bom Ikan merupakan salah satu punca ikan ini mengalami kepupusan. Telah beberapa kali ketika kunjungan saya ke Taman Negara Pahang, saya mendapati penggunaan teknik terlarang ini oleh  orang yang tidak bertangungjawab di sungai yang didiami oleh specis Ikan Kelah ini semata-mata untuk membekal ikan ini kepada peraih di pasar. Kemudian anak-anak ikan Kelah juga ditangkap untuk dibekalkan kepada pengusaha kedai aquarium untuk dijadikan ikan hiasan. Walaupun pihak Taman Negara melarang keras penggunaan jaring ,renjatan electric dan Bom Ikan di sungai yang berada di Taman Negara, orang-orang yang tidak bertanggungjawap ini masih licik hingga jaring dan bom ikan masih terlepas dan masih digunakan. Kemudian akibat kekurangan & kepupusan ikan ini para pemancing pula yang dipersalahkan.
Faktor pencemaran sungai juga merupakan faktor utama kepupusan ikan ini yang hanya tinggal di dalam sungai yang jernih dan bersih. Walaupun terdapat pemancing yang mengamalkan konsep Catch & Release, adakah usaha murni ini memberi satu perubahan tentang populasi Ikan ini. Tepuk dada tanya selera. Hanya kita mampu merubah supaya anak dan cucu kita dapat memancing salah satu ikan air tawar terhebat di Malaysia ini
 
Sumber dari Fish Hunter

14 comments:

  1. mohon izin dipetik artikal ini ya tuan...Trima kasih

    ReplyDelete
  2. Silakan...tiada masalah. Dengan perkongsian ilmu ia akan mengembangkan ilmu yg sedia ada...insyaAllah .

    ReplyDelete
  3. Tmn Ngara tuu blh gail x...ayh sy tye...nk gail sne bln 4 ni...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tn,ingin tahu dimana ada jual anak ikan tengas biru? Saya baru dalam hobi ini tetapi berminat cari tengas .... 0175581582

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengas biasa saya ada jual... tgk video fb lee tarzan lee

      Delete
  5. terima kasih info yang amat menarik

    ReplyDelete
  6. terima kasih utk information...krana dpt merawat ikan sy.walau pun hnya 1 ekor saja dpt di selamat kn..terima kasih bnyk2..

    ReplyDelete
  7. saya sekarang ada 4 ekor kelah(mula2 6 tapi 2 ekor dah mati),6 sebarau dan tengas(jumlah xtau sbb byk sgt).Saya tangkap sendiri guna jala saja

    ReplyDelete
  8. Terbaik information. Kepada pemancing ulung dinasihatkan supaya jgn baea kawan2 yg kaki kaki jaring atau x pernah pergi ke lubuk kelah. Kerana mereka akan dtg mengajak kawan2 kaki jaring dan bom ke tempat tersebut. Ini kerana, telah berlaku depan mata. Kita fikirkan nak berseronok memancing kelah dan tengas dgn kawan2. Namun disebalik hati kawan tersebut kita x tahu. Tahu2 dapat cerita yg mrka dah sapu bersih di tempat kita pernah bawa tersebut. So,bawalah kawan2 yg kaki memancing sahaja. Yg selalu bersama kita pergi memancibg.

    ReplyDelete