Ramai di antara kita tidak dapat membezakan di antara kelah merah , kelah bara dan kelah biru melainkan secara perbandingan dua atau lebih objek. Begitu juga saya semasa di awal proses mengenali kelah. Pembacaan sahaja tanpa merujuk gambar objek sebenar agak sukar membuat perbandingan melainkan terdapat gambar yang jelas dan penerangan yang tepat. Walau bagaimana pun banyak juga pendapat dan idea yang boleh digunapakai diperolehi dari intenet sebagai rujukan. Namun banyak yangmaklumat diperolehi bercanggah dengan fakta.KELAH MERAH, BARA DAN BIRU.
Berikut adalah perbezaan asas tentang 3 jenis kelah yang mungkin dapat membantu anda mengenali kelah dengan lebih jitu. Saya sertakan beberapa gambar sebagai objek. Kelah merah asasnya berwarna merah. Jangan kita gambarkan merah itu sepertu warna merah sirap. Merah yang dimaksudkan adalah kemerahan yang mungkin hampir ke warna kuning merah, biru merah atau hijau merah. Ada beberapa faktor mempengaruhi warnanya, antaranya pemakanan, faktor sekeliling spt air dan tanah.
*progress....