MAKANAN IKAN KELAH

KELADI BUNTING
IKAN KELAH DALAM PERSEKITARAN SEMULAJADI MEMAKAN TUMBUHAN AIR SEPERTI RUMPAI, BUAH-BUAHAN KECIL, DAUN-DAUN PINGGIRAN SUNGAI DAN LUMUT. SIFAT IKAN KELAH SUKA AKAN PERSEKITARAN BERBATU DAN AIR MENGALIR SERTA JERNIH SEPERTI DI ALUR SUNGAI. IKAN KELAH TIDAK ADA MASALAH DENGAN KEADAAN AIR DERAS. LAZIMNYA DALAM KEADAAN AIR DERAS IKAN KELAH AKAN BERADA DI TEPI ATAU CELAH BATU.
IKAN KELAH DEWASA BERSAIS BESAR AKAN BERADA DALAM KAWASAN AIR DALAM MANAKALA ANAK-ANAK IKAN KELAH SUKA BERADA DI KAWASAN KEDALAMAN CETEK. INI KERANA DI KAWASAN CETEK BANYAK MAKANAN HALUS YANG SESUAI UNTUK ANAK IKAN KELAH DISAMPING MENJADI TEMPAT BERLINDUNG.
IKAN KELAH YANG DIPELIHARA BAGI TUJUAN KOMERSIAL ATAU HOBI LAZIMNYA DIBERI MAKAN UDANG HALUS, ULAT ATAU PALLET. DI PASARAN TERDAPAT BANYAK JENIS PALLET  YANG MENGANDUNGI PELBAGAI JENIS DAN WARNA . LAZIMNYA PERBEZAAN PALLET HANYALAH PADA KANDUNGAN PROTINNYA.
KELADI BUNTING
  
IKAN KELAH SANGAT SUKA MAKAN MAKANAN SEPERTI BUAH KELAPA SAWIT APATAH LAGI YANG DIBAKAR. PASTIKAN BIJI KELAPA SAWIT DI SULAM PADA DAWAI SEBELUM DICAMPAK KE DALAM KOLAM SUPAYA MUDAH DIKELUARKAN SISANYA KELAK.
MALANGNYA KOLAM AKAN MENJADI BERMINYAK DAN INI AMAT TIDAK SESUAI UNTUK KEHIDUPAN IKAN DALAM KOLAM SAIZ KECIL APATAH LAGI AKUARIUM. UNTUK IKAN KELAH YANG DIPELIHARA DALAM SANGKAR SUNGAI ANDA BOLEH CAMPAKKAN SAJA SETANDAN BUAH KELAPA SAWIT MATANG KE DALAM SANGKAR ANDA. AIR DI KOLAM SANGKAR SENTIASA BERGERAK DAN INI TIDAK AKAN MEMUDARATKAN KEHIDUPAN IKAN KELAH DI DALAM SANGKAR.
IKAN KELAH JUGA AMAT SUKA MAKAN TUMBUHAN APUNG TERUTAMA SEKALI KELADI BUNTING. TETAPI TIDAK SEMUA TUMBUHAN APUNG DISUKAI IKAN KELAH. TUMBUHAN KANGKUNG JUGA DIGEMARI DAN BEBERAPA JENIS BUNGA.
KEBOLEHAN ANDA MENGESAN MAKANAN KEGEMARAN IKAN KELAH AKAN MENJADIKAN PROSES TUMBESARAN IKAN KELAH ANDA BERTAMBAH PANTAS DAN MENAMBAHKAN KESERONOKAN ANDA DALAM MEMBESARKAN KELAH. ANDA AKAN MERASA PUAS DAN MEMPEROLEHI KETENANG JIWA.

MAKANAN  TAMBAHAN

TERDAPAT SEJENIS ULAT YANG BIASA TERDAPAT DI PASARAN DIKENALI SEBAGAI ULAT HONG KONG ATAU WORM. IA MUDAH DIPELIHARA DAN DIBIAKKAN. IKAN KELAH YANG DIBERI DIET PEMAKANAN ULAT INI 2-3 KALI SEMINGGU AKAN MEMPUNYAI SISIK IKAN YANG LEBIH CANTIK DAN WARNA BERSINAR SEBAGAIMANA KELAH YANG DIBERI MAKAN LIPAN ATAU LIPAS. WARNA AKAN LEBIH BERSINAR
                      WALAU BAGAIMANA PUN ULAT INI TIDAK SESUAI DIBERI DENGAN BERLEBIHAN  KERANA BOLEH MENGGANGGU SISTEM CERNA IKAN. SEBAIKNYA BERI IKUT KEADAAN. AIR JUGA AKAN BERUBAH KEHITAMAN DAN BANYAK BAHAN APUNG TIMBUL DI PERMUKAAN AIR JIKA KUANTITI ULAT BERLEBIHAN DIBERI.
                       IKAN KELAH JUGA SANGAT GEMAR MAKAN DAUN POKOK MARKISA ATAU "BUAH OREN", ADA JUGA YANG MEMANGGILNYA SEBAGAI "BUAH SUSU". AMBIL DAUN MUDA DAN BERI KEPADA IKAN KELAH 2-3 KALI SEMINGGU. IKAN AKAN MAKAN DAUN TERSEBUT SEHINGGA KE BATANG MUDA.

ULAT ROTI.

Ulat Roti  atau Ulat Hong kong  adalah makanan kegemaran semua spesis kelah. Selain mudah diperolehi di hampir semua kedai ikan hiasan ia juga mudah dipelihara atau dibiakkan. Ulat Roti ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan ikan yang diberi makan ulat ini akan memiliki sisik lebih menarik, warna merah kelah akan lebih menyerlah sama juga seperti memberi makan lipan kepada Kelah Merah. Lazimnya pemberian ulat roti ini hanyalah sebagai mempelbagaikan diet ikan kerana kos agak tinggi jika memberi secara harian.


Ulat Roti mempunyai kitaran hidup 4 peringkat iaitu ulat, kepompong/larva, kumbang, dan telur. Proses ini berlaku dalam kitaran masa hampir 40 hari.

Peringkat 1: Ulat Dewasa

Peringkat 1: Pada peringkat ini ulat akan hidup dengan memakan makanan yang halus seperti jagung hancur, roti , dedak, pelbagai jenis kacang , sayur daun seperti kangkung, bayam ,buah-buahan dan sebagainya. Ulat tidak memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran, cukup sekadar dengan mengambil air dari batang sayur atau buah-buahan. Pada peringkat ini ulat akan bersalin kulit beberapa kali sebagai satu proses kitaran hidup sebelum menjadi kepompong atau larva.




Peringkat 2 : Kepompong/larva






 Peringkat 2: Pada peringkat ini ulat akan  berubah bentuk menjadi seekor larva atau kepompong. Bentuknya berbeza dari ulat cuma zaisnya tidak berbeza dengan ulat. Peringkat ini larva tidak aktif dan tidak mampu bergerak dari satu tempat ketempat lain, walaubagaimanapun ia masih mampu menggerakkan badannya. Larva tidak makan apa-apa,  ia menggunakan tenaga yang disimpan sepenuhnya dalam badan untuk menukar bentuk dari larva kepada seekor kumbang .

Peringkat 3: Kumbang Dewasa.

Peringkat 3 : Peringkat seterusnya ialah menjadi kumbang dewasa. Larva atau kepompong akan hidup dalam masa 24 jam kemudian akan berubah menjadi seekor anak kumbang berwarna kuning coklat yang mempunyai jantina. Lama kelamaan ia akan berubah menjadi hitam dan akan mula mengawan sebelum bertelur dalam medium seperti dedak atau jagung atau tepung gandum. Kumbang akan mengorek medium sedalam-dalamnya sebelum bertelur. Jumlah telur dihasilkan belum dapat dipastikan tetapi jumlahnya sangat banyak. Kumbang akan mati setelah proses bertelur selesai. Kumbang tidak mampu terbang dan pergerakannya amat perlahan dan tidak menggigit atau menyengat mangsa.

Peringkat 4: Telur Kumbang. Telur akan menetas dalam kitaran masa lebih kurang  seminggu dan telur amat sukar dikenalpasti. kerana saiznya yang begitu halus.

Anak Kumbang/ Anak Ulat

Selamat mencuba...